Ada babak membayangkan seolah-olah aktres, Nur Fathia Abdul Latiff
tanpa seurat benang dalam filem terbaharu berjudul Darah Panas arahan
Arjin Uppal.
Tentunya keberanian Fathia melakonkan watak pelacur bernama Syahana
bakal menggemparkan industri perfileman Melayu, namun jangan cepat
menjatuhkan hukum kerana ia hanyalah ‘camera trick’ sedangkan Fathia
masih berpakaian rona ‘nude’.
Sehangat judul filem Darah Panas, begitulah beberapa adegan yang
dipaparkan dalam filem kelima terbitan White Merpati Entertainment Sdn
Bhd itu.
Filem yang mendapat klasifikasi 18 itu bukan hanya membara dengan
adegan panas Fathia, ditambah pula karakter tiga aktor hebat, Sharnaaz
Ahmad, Soffi Jikan dan Adam Corrie.
Selain Fathia sebagai Syahana, Sharnaaz (Adi), Soffi Jikan (Aloi) dan
Adam (Cicak), filem bergenre aksi romantik yang menelan belanja hampir
RM2 juta itu turut menampilkan Datuk Jalaluddin, Aznah Hamid dan Ruminah
Sidek.
Filem Darah Panas menemui penonton di 70 pawagam seluruh Malaysia
pada 4 Jun ini. Malah, filem yang menjalani penggambaran sekitar Oktober
2012 itu turut ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam.
Pengarahnya, Arjin Uppal tidak menafikan terdapat beberapa adegan
panas membabitkan Fathia dalam filem kedua arahannya, bagaimanapun ia
tidaklah keterlaluan.
“Ada ketika saya terpaksa menghalau kru produksi untuk memberikan
keselesaan Fathia melakonkan adegan panas yang diperlukan. Hanya tinggal
saya, Fathia dan pengarah fotografi saja.
“Saya rasa adegan yang dilakukan tidaklah keterlaluan. Filem ini
menceritakan seorang gadis kampung yang lari dari rumah mengejar
cita-cita sebagai model, bagaimanapun terperangkap di lembah pelacuran.
“Dalam proses Fathia dijual itulah saya harus memaparkan realiti yang
berlaku. Ada adegan Fathia ditarik baju dan tudung hingga menampakkan
seolah-olah tiada seurat benang, namun ia hanya `camera trick’ saja.
Fathia masih memakai baju.
“Fathia adalah tulang belakang cerita ini. Dan Fathia faham kenapa beberapa adegan panas yang harus dilakukan.
“Sebagai pengarah, saya tahu beberapa adegan begitu sensitif untuk
penonton, jadi saya tidaklah memintanya secara keterlaluan daripada
pelakon.
Fathia, seorang pelakon yang memahami kehendak pengarah. Kami bekerja bagaikan satu keluarga,” katanya.
Arjin berkata, dia tidak kisah apabila filem Darah Panas diletakkan
dalam klasifikasi 18PL kerana filem bergenre aksi romantik ini sarat
dengan pergolakan hidup anak kota, selain isu yang diketengahkan berlaku
tanpa disedari.
“Filem ini dilihat ada sedikit unsur keganasan dan seksual, jadi
lebih sesuai diletakkan dalam klasifikasi 18PL. Kami kena melakukan
sedikit pemotongan sekiranya mahu klasifikasi 13PL,” katanya
Arjin, graduan bidang juruterbang di Sydney, Australia berkata,
cabaran menghasilkan filem keduanya itu tetap ada memandangkan dia baru
saja menduduki kerusi pengarah ketika penggambaran dilakukan kira-kira
dua tahun lalu.
“Saya menghasilkan skrip filem Darah Panas ketika menyiapkan penggambaran filem Kerat 14. Selepas empat bulan penggambaran filem
Kerat 14, saya
“Idea filem Darah Panas dihasilkan bersama bapa, S Baldev dan abang, Harvinder Uppal selaku produser.
Walaupun pada penghujung penggambaran filem Darah Panas, timbul isu
bersama Sharnaaz, ia tidak membantutkan usaha saya menyelesaikan
“Bagaimanapun, krisis antara White Merpati Entertainment dengan
Sharnaaz dapat diselesaikan dengan baik. Sharnaaz, seorang yang sangat
profesional dan memberi kerjasama yang baik untuk
“Saya mendapat komen positif daripada penonton yang melihat trailer
filem Darah Panas. Ada yang mengatakan file mini campuran filem Ombak
Rindu
“Saya tidak nafikan filem ini ada elemen romantik, sedih dan ganas.
Bagaimanapun, terserahlah pada penilaian masing-masing,” katanya.
Bagi menggembirakan hati penonton, White Merpati Entertainment turut
berbesar hati mengadakan Peraduan Filem Darah Panas dengan memenangi
hadiah cabutan bertuah iaitu Motor KTM Duke 200cc.
Selain itu, hadiah sagu hati pula menerima helmet KTM 200 Duke dan t
shirt eksklusif. Cara menyertai dengan menghantarkan salinan tiket asal
filem Darah Panas bersama nama, kad pengenalan dan nombor telefon
sebelum 18 Jun ini ke alamat, 109, 17/42 Taman Lawa Off Jalan Kuching,
Kuala Lumpur 51200 Wilayah Persekutuan.